Rohana Kuddus
Rohana Kuddus

Rohana Kuddus

Rohana Kuddus (Jawi: ‏روحانا قدوس‎‎, Ejaan Republik: Rohana Koeddoes, 20 Disember 1884 - 17 Ogos 1972) adalah wartawan dan pengajar Minangkabau yang lahir di Indonesia moden. Beliau antara tokoh giat memperjuangkan keseteraan pendidikan kaum wanita yang sangat dibatasi pada zamannya.Beliau pengasas sekolah Kerajinan Amai Setia (KAS) Koto Gadang pada 1911. Beliau turut mendirikan . Sembari aktif di bidang pendidikan yang disenanginya, Ruhana menulis di surat khabar perempuan, Poetri Hindia. Malah, ketika penulisan beliau cuba disekat pemerintah Belanda, beliau berinisiatif mendirikan surat khabar, bernama Sunting Melayu, yang tercatat sebagai salah satu surat khabar perempuan pertama di Indonesia.[2]